Saturday 11 February 2017


Fungsi Pengurusan Dakwah & Syiar Islam


1.       Melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti dakwah Islamiah
2.       Melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti kepimpinan Islam
3.       Melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti kawalan akidah dan pemikiran Islam
4.       Melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti pembangunan akhlak dan pengembangan syiar Islam
5.       Melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti pengukuhan budaya dan nilai Islam


VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.



VISI
BPI peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

MISI
Mempertingkat kualiti PI melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.


PERANAN UTAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

1.   Peneraju dalam Pembangunan Dasar Pendidikan Islam
2.   Pakar Rujuk dalam Pembangunan Sumber Manusia di bawah kawalan Bahagian Pendidikan Islam
3.   Peneraju usaha sama Kolaboratif dalam Pendidikan Islam di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
4.   Perancang dan Penyelaras Kurikulum Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Dini, Kurikulum Bersepadu Tahfiz, Turath, Bahasa Arab, STAM dan STPM dalam dan luar KPM
5.  Peneraju utama dalam Pembentukan Modal Insan Kamil
6.   Peneraju utama dalam pemerkasaan sekolah agama bawah kawalan dan luar KPM


NILAI

Profesional: Mempunyai kepakaran dan kecekapan dalam pengurusan secara berilmu dan berhikmah

Amanah: Mempunyai sikap disiplin, intergriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam pengurusan kerja

Mutadayyin: Mampu melahirkan generasi beragama dan sentiasa mematuhi ajaran Islam serta taat dalam beribadah.

Ukhuwah: Mempunyai rasa persaudaraan yang akrab, sentiasa tolong menolong dan sentiasa bekerja sama dalam melaksanakan tugasan secara berpasukan dengan penuh rasa kasih sayang.

Dinamik: Mempunyai dinamika kerja yang tinggi dalam menerbitkan pembaharuan inovasi dan berdaya maju dalam menyesuaikan diri dengan cabaran

Misali: Menjadi peneraju perubahan dan sentiasa menjadi rujukan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan kerja dalam pembinaan tamadun Insan kamil.